Rumah hantu . Rumah tu berhantu ke tu hantu punya rumah ? Faham tak ? Aduh , suka hati kau lah nak faham ke tak . Yang pasti , aku faham . HAHA .
Semalam rumah ni macam ada komet langgar je . Adeihh , huru hara . Okay , kau cuba bayangkan . Ada rumah , ada 2 kanak kanak otak tunggang langgang , 3 orang dewasa yang menjerit jerit , (plus nenek aku . Harap maklum) dan seorang perempuan comel yang nak dekat dewasa tapi macam tak cukup umur . (HAHA . Akulah tu . Eish , buat buat tak faham pulak) Oh , kejap . Tittle 'Hantu hantu' tu takde kena mengena langsung dengan apa yang aku nak cerita ni . Even bukan moyang kepada nenek mak tiri abang cerita ni punya anak . Ha , jauhkan connection dia ? Kan aku kata dah . Lain lah kalau nanti rumah aku berhantu pulak . Haihh , puaka mulut kau Iman . HAHA . XD
Okay okay , kembali ke jalan yang benar . Semalam aku pergi Istana Budaya pergi tengok Konsert Permata Seni ke apa entah . Kena sampai sana before pukul 8 PM . Even , benda alah tu start pukul 8.30 PM . Okay , 8.30 PM dia , betul betul punya 8.30 PM . Bukan 8.30 PM versi SMKAKL . --' So , pukul 6 PM tu , semua dah sibuk mandi , siap semua . Aku yang *uhuk* cantik *uhuk* ni merasakan bahawa aku tak memerlukan masa yang panjang untuk bersiap kerana aku sememangnya dah *uhuk* cantik . Lalu , aku pun duduk bersandar di atas kerusi makan (aku puasa ganti , okay) tunggu azan Maghrib . Sememangnya sangat solehah . Terima kasih . Melantak punya pasal , (sekali lagi , aku buka puasa , okay . Thank you) tak sedar dah pukul 7 suku PM . Aduhh , tu lah bermulanya 3 orang dewasa tersebut terjerit jerit . Ya , akulah puncanya . HAHA . Aku habis ber-make up bersiap pukul 7.30 PM . Kan aku kata . Aku dah sedia cantik . Tak perlu masa yang panjang untuk mencantikkan diri . Tu aku tak faham orang yang siap sampai sejam tu . Aduhh , nak jumpa pakwe kau je . Nak sembahyang , nak jumpa Allah , ada kau siap cantik cantik sampai sejam . Takde kan ? Dah tahu .
Sampai Istana Budaya tepat tepat sebelum pukul 8 PM . Yeahh memang thanks to me yang kita sampai pukul 7.58 PM tuu . Kalau tak , kita sampai pukul 7. 45 PM dah . Kesian kaki nak tunggu lama lama . Kan senang , sampai je terus boleh masuk . Ya ya , welcome . :) Okay , ada incident kelakar kat pintu masuk tu . Ada se-bunch budak budak perempuan yang pakai baju kurung datang situ . Okay , budak budak tu bukan stock yang pakai baju kurung pakai tudung , stock alim lah senang cerita . Ni stock yang pakai baju kurung style kain nampak kaki sebelah tu . Tak faham aku . Kalau kaki tu cantik takpe , ni haktuihh . Eii . Geli den nengoknya . HAHA . Aku rasa dorang merupakan manusia paling skema di Malaysia . HAHA . Memanglah pergi Istana Budaya kena pakai baju formal . Tapi , ni konsert cik kak . Konsert dikecualikanlah . Wuihh . Mesti dorang rasa dorang bodoh kan , bila nampak ada saja mamat mamat handsome *wootwoot* (sempat kau cuci mata , Iman) selamba je pakai selipar masuk IB tu . Harap lah dorang rasa dorang tu bodoh . Aduhh . Beauty with no brain . Frankly , takde lah beauty mana pun . --'
Start konsert dengan overture performance . Cewah . Overture performance (?) Okay , persembahan pembukaan . Aku pun baru tahu word omputeh tu . Tengok kat screen kat IB tu lah . HAHA . Overture tu okaylah . Gempak saja . Tapi , aku tak puas hati . Yang dalam laut tu , mutiara kan ? Bukan permata . Ke , sama je ? Okay , setahu aku , dalam laut tu mutiara . Permata yang kena ketuk ketuk kat dalam bumi tu . Ada ke , dorang kata permata dalam laut . >.< Kalau salah , aku malu . >///< Kalau betul , (dan aku yakin betul) Cikgu Azlin , pergi denda diorang cikgu . HAHA .
Budak budak je yang buat persembahan . Habis , hancur luluh hati aku . Ingat adalah abang abang kacak yang buat performance . Hmph . Harapan . Tapi , budak budak tu semua comel lote . Tak boleh comel lagi . Uihh , jealous aku . Takpe , aku lagi comel . HAHA . XD
Haa , penatnyalah aku buat entry ni . Tolongla respon banyak sikit supaya gembira hati jiwa aku setelah penat lelah bertungkus lumus buat entry ni . Eceh , cakap macam kena redah hutan masuk laut turun gunung je nak buat entry ni . HAHA . Babai anak-anak . ;)
Haa , penatnyalah aku buat entry ni . Tolongla respon banyak sikit supaya gembira hati jiwa aku setelah penat lelah bertungkus lumus buat entry ni . Eceh , cakap macam kena redah hutan masuk laut turun gunung je nak buat entry ni . HAHA . Babai anak-anak . ;)