Assalamualaikum :]
Sesungguhnya saya di sini ingin berkongsi satu rahsia dengan anda . Ce cite ce cite . Iyelah , nak cerita lah ni . Cuba sabar . Bako karang ! XD Ha , memang panjang post ni .
TAPI TOLONG BACA ! PENAT EDEN MENAIP , TAHU (?!)
Eleh , baca Twilight boleh habis tiga hari pastu siap tulis dalam Nilam .
Wahai manusia , ketahuilah inilah petanda petanda bahawa seseorang menyukai anda :)
Orang tu selalu konon-kononnya tersilap mesej kau . Tak kira di IM , handphone , mahupun wall to wall kat Facebook tu .
Okay okay aku bagi contoh . Nama kau Tipah , then phone kau berbunyi , tutt tuuttrututtuttut . Ooo , Paan bagi mesej la . " Hi , Tepot . " Eh , apehal Paan ni ? Kau pun pelik . Tiba tiba , tutt tuuttrututtuttut lagi . Paan lagi . " Eh eh . Sorry . Salah send la . " Ha , kalau sekali sekala tu takpe la . Ni lapan puluh lapan kali seminggu salah send . APA KES , DER (?!) Kadang kadang boleh menyirap kan darah jugak . Der , lu takde taktik lain ke nak mengorat , der ? Membazir la der .
Waihh , tapi . Korang jangan la terlebih perasan pulak sampai entah entah orang tu memang salah send ke korang tuduh dia suka korang . Aduihh , malu mak ! Mana korang nak sorok muka . Muka tu mesti rasa macam pakai bedak 8 inci kan ? Kan kan kan ?
Orang tu suka muncul kat depan mata korang .
Mana kau pergi , kau nampak muka dia . Kau pergi library kau nampak muka dia , kau pergi lab pun , muka dia . Hesh , kadang kadang sampai kau pun dah rasa yang muka semua orang macam muka dia . Nasib baik opposite sex kalu idok , masuk toilet pun muka dia juga kot . Kau lalu selekoh ni , dia ada . Kau lalu celah tu , dia ada jugak . Umph ! Sah la dia memang suka kau tu ! :D
Tapi , kalau dah memang ada satu jalan tu je , and kau memang nampak muka dia , bukan salah dia la cik ! Dah memang jalan tu je ada . Takkan kau orang nak suruh dia terbang kot . Agak agak la , beb .
Orang tu selalu cari gaduh --"
Ala , ni memang taktik paling HOT , you ! Cari gaduh dengan korang sebab kononnya bila kau orang marah nampak comel . Haktuih , bwelk . Comel apekebendo ? Muka macam kera sembelit ada lah . Der der , kalau kau suka orang tu jangan buat macam tu la . Karang dia mati sebab darah tinggi . Ha , kempunan leleh ayaq lioq hang karang .
Tapi , ha ada tapi juga . Lainlah kalau dia memang suka cari gaduh dengan kau sebab suka tengok muka macam kera sembelit kau tu . :P
Ha , penatlah ! Bye .