bushuk masham omeii shaye

Hari Kemenangan . Hoyeah Hoyeah Hoyeah :D

Assalamualaikum . 

Selamat hari raya . Hari untuk kita bersuka ria . Selamat daaa daa daa daa daa daa bla bla . Okay , aku memang tak hafal lagu raya . Damn

Biarlah tak hafal lagu raya pun , janji puasa penuh ! Bukan macam korang :P Apa apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri . Maaf zahir batin eh ? Kalau ada terkutuk ke , tersentuh sensitiviti ke hape ke kat blog ni :) 

Aidilfitri . Translation : Hari Fitrah . MY translation : Hari makan mencekik banyak banyak sampai ada bekas getah kain kat pinggang . HEAVEN ! Hari kembalinya manusia kepada fitrah suci bersih setelah melalui hari hari pembersihan dosa di bulan Ramadhan . Ewah , macam ambik ayat buku kan ? Tak tak bukan ayat buku ni , ni ayat khutbah solat hari raya hari tu . Aku hafal tau ! Even memang tersengguk sengguk kan sebab ngantuk malam sebelum tu dah makan ketupat rendang lodeh tak ingat dunia sampai 2 pagi tak biasa dengar khutbah . Yalah , aku mana pergi Solat Jumaat -.- Banyak gila crossed out kan ? Biasalah , bila button backspace buat hal . XD 

Aidilfitri . Hari kemenangan umat Islam selepas sebulan melawan hawa nafsu . Muslims ROCKS :)

Tanggal 31 . Bulan 8 57 . Hari yang mulia hari bahagia sambut dengan jiwa yang merdeka . Mari kita seluruh warga negara . Ramai ramai menyambut hari merdeka ! MERDEKA !

Aku hafal lagu merdeka eh ? Sorry sikit you . Merdeka ke errr 54 kan ? Ha, yalah betul lah ke-54 . 

Merdeka . Hari kemenangan bebas dari penjajah . Bebas by all means sebenarnya . Tapi pemuda pemudi negara bangsa sekarang mana nak hargai kemerdekaan . Mereka lebih rela dijajah ! Dieksploitasi . Baik dari segi minda mahupun harta benda negara . Inilah anak anak muda sekarang yang tak pernah memikirkan kesusahan yang dilalui nenek moyang mereka ketika berada di bawah pemerintahan penjajah jahanam ! Eh eh teremosional pulak . Macam aku pulak yang mati kena tembak kat Bukit Kepong tu . XD

Tahun ni kita sambut dua hari kemenangan . Double blast . Double the fun . Dah macam iklan je . -.- 

 Love , nrimnnjm . XOXO , gayah gendut XD