bushuk masham omeii shaye

2 minggu terakhir :3

Heyyo . Assalamualaikum :)


Hahah . Habis sekolah dah weh . Meh aku cerita 2 minggu terakhir kat sekolah aku buat apa dengan member member aku yang seng ni . 


Hari sukan - Hari sukannya sehari je tapi persiapan sampai 3 hari tak tidur weh -.- Bosan betul ! Tapi seronok lah stay kat bilik sihat tu . Gelak gelak macam hape je . Dengan shift gilir gilir nya . Dengan awkward moment nya . Dengan burger kangkang nya . Terbaik :D Hari sukan kat padang SMK Menjalara . Yelah kan ada pembinaan kat padang sekolah tu . Tu yang menumpang tu . Pergi sana berapa trip bas entah . Yelah budak SMAKL dah la ramai -.- Kat sana , rusyd punya pasukan sorak paling superb . Kalau ada pertandingan sorak , sure punyalah rusyd menang . Johan . Sampai ustaz pun kata " Sorakan yang over akan dibatalkan penyertaan " Hish , tak adil betul . Jeles lettew :P


Hari Anugerah HEM dan KOKO - Event terbesar Form 4 . Semua set main buat kerja je . Muka semua serious . Malam tu ramai yang stay ada yang sampai pukul 5 . Woaa , terbaik lah commitment kau orang . :) Lepas tu , majlis berjalan mula mula kelam kabut sikit la . Pastu okay jeh . Lepas habis event ramai gila gerak balik rumah . Kitorang yang tinggal ni la yang angkat meja segala kemas balik DM tu . Guna tenaga perempuan tau . Haha . Adalah dua tiga oker jantan macho yang tolong . Terima kasih :) 


Sabtu - Sebabkan minggu tu tak boleh balik , ustaz bagilah kononnya bonus kat kitorang boleh outing . Kitorang ni memang malas la nak call parents suruh datang sebab nak outing kan . Pastu apa lagi ? FLY lah . Aku , Fazy , Syer , Una , Shafa , Nisak and Amni . Semua stock ada jawatan pulak tu . Hahaha . Shafa suka buat perangai serabut dia tu -.- Penakut betul ! Una yang Naib Presiden pun lepak je . Hee Shafa Shafa . Lawak lah kau . XD Pergi Tesco makan kat foodcourt :D


Explorace Form 1 & Form 2 - Hee . Terbaik wok . Gila kejam batch aku ni . Makan maggi la , nasi lemak la . Pelik pelik je . Tepung campur soya campur kundur campur cincau . Hesh sumpah kejam ! Memang kotor lakan baju . Dengan adanya malaun malaun yang baling tepungnya , garamnya . Kan Ucop kan ? Tak campur lagi yang dok baling cat . Lagi puaka -.- Dengan kena jirus dengan air kolam ikan nya . Euuuw , hanyir gila la . Macam macam diorang dera budak badak budak tu . Tapi memang terbaik la . Ada group nama seven eleven . Berbangga sekejap kitorang . Malam tu pulak , budak budak tu mintak tandatangan pulak . Memang kena dera lagi lakan .Macam macam kitorang suruh buat . Geletek situ , cocok sini , cerita cerita lawak , cerita cerita hantu , tanya pasal bantal busuk , macam macam lah . Kesian adik adik aku ni . Alolo , memang nasib la dapat kitorang jadi senior . Muahahha . 


Last day - Lambat gila bangun pagi tu . Subuh aku pun pukul 6.30 . XD Siap barang , pehh memang penuh la beg , main sumbat sumbat je . Kemas dorm segala . Form 4 jugak jadi mangsa . Haihh , balasan la sebab dera anak orang dua tiga minggu lepas kan . Haha . Naik patah pinggang aku bawak segala mala majalah kertas liqa' tu ke bilik rehat . Bapokk berat la weh . Kalah anak gajah . Okay tak , over . Lepas tu naik kelas , kemas kelas pulak . Heee dapat oren dari dia :) Sedap ! Haha . Then dapat duit RM 100 tu . Joli katak lakan ? Patu Aimran datang ! Hee :D Happy gila . Nad pun datang jugak . Nad rindu gila kat aku sampai nametag aku pun dia kebas ! XD Balik tu pergi date dengan Fazy . Tengok Tintin , makan KFC , jalan dalam hujan . Romantik derr . XD Time nak tgk wayang tu , kenalah tunggu somebody ni kan . Dia boleh pulak buat lembab -.- Habis aku dengan Fazy masuk box lambat 30 jam -.- Dah lah kantoi dengan Sabiq , Wan Jan dengan sorang kakak Form 5 . Mampus weh ! Apaapa pun . Best :D


P/S : Minggu last tu , tiap tiap malam pergi order . Burger la , Nursya la . Aku pulak memang pokai tinggal 20 sen je weh duit aku , tapi selalu bertambah tiba tiba -.- Pelik kan ? Pastu ada pulak orang buat lawak pergi order tengah tengah malam . Buat orang risau je -.- 


Sayang kau orang :) Thank you . Faziatul Adawiyah . Athirah Iskandar . Syahira Fauzi . Amylin Hanis . Shafawati Ismail . Nadhirah Jasri . Aimran Azmir . 


Gadis gila lensa :)











Nilah aktiviti tika bosan kami . Haha . Shafa je takde . Tulah busy sangat -.-