bushuk masham omeii shaye

Huihh , pakcik ! Tu otak saya ! --"

Assalamualaikum :) 

Okay okay . Takmo tulis quote ke , puisi sedih membunuh ke . TAKNAK ! Nak cerita pasal benda lain pulak . Pasal my brain yang dah lama bersantai tepi pantai kat Dungun , Terengganu , finally terjumpa balik dengan bekas teman wanitanya iaitu cik buku teks tebal yang dah koyak rabak sebab abang kakak senior dulu tak reti jaga . 

Bahasa Malaysia . Eh , ke Bahasa Melayu . Ahh , persetankan ! XDD Cikgu Azian tu , dah berapa kali ingatkan , "Kaji tulisan awak . Kalau 350 patah perkataan lebih tu , berapa muka surat ikut tulisan awak" Maaf cikgu . Saya belum buat . XD Sampai terkentut aku dengar arahan cikgu tu . Nonstop . Nasib aku baik , tak berbau pulak time tu . Okay , tipu je . Joke . Jangan lah percaya . Jatuh maruah I . 



Chemistry . You guys , sesiapa yang masakan mak dia kurang garam tu , kau orang cakap macam ni kat mak kau orang eh , "Mameyh , tambah lah sodium chloride a.k.a NaCl sikit" Tersakit jantung mak kau orang nanti . Tapi , mak aku genius . Hari tu aku try , selamba je dia bagi garam dalam botol kuning tu , suruh aku letak sendiri . Entah entah , mak aku pun pernah try tektik sama kat nenek aku dulu . Dayumn dayumn .



Biologi . Nasib baik aku dah study sikit masa cuti hari tu . Kalau tak , mesti ternganga aku dengar semua tu . Rough endoplasmic reticulum . Smooth endoplasmic reticulum . Dah ada rough , ada smooth pulak . Mengada sungguh . Gerun doh . Macam nama hutan . 


Add math . Huihh , ni takmo habaq la . Bila buat , rasa macam neuron otak aku ni , dush dush bersambung . Ala , macam dalam iklan susu tu . Rasa terer je buat . Bila orang kacau time tengah buat jalan kira tu , rasa nak sumpah seranah . Tak tak , joke ;)

Itu je la nak cerita . Week cuti ni tersangat busy , wokey . Banyaaaaaaaaak homework . Dulu tak pernah busy sebab tak pernah buat homework . XD

Bye !