Assalamualaikum :) Rajinnya aku mengupdet belog nih ! XD
Melalui pengamatan masa kasar-tak-rabun-lagi-cantik ni , berlambak selambak macam baju jual lambak kat pasar malam kat Lombok dah aku tengok :
1)DSLR dan freelance model.
Kalau dulu , aku tengok . Apek apek cina tukang ambik gambar ni je yang bawak kamera kamera besar gabak macam tong nih . Tapi sekarang , huihh , budak budak pun ada tahu , camera DSLR nih tersangkut kat leher . Lepas tu , ramai pulak freelance model yang timbul . Huihh , cantik cun melecun tu ! Alaa , budak budak sekolah pun dah ramai dah yang buat freelancing model ni . --" Tahulah kau lawa kan ? Ha , ni nak jealous ni !
2) Gadis dan gitar.
Bermula selepas fenomena Yuna . Alahaiii , ramai la pulak perempuan bertudung angkat gitar , nyanyi lagu pastu upload pulak kat Youtube . Yang suara sedap tu , Alhamdulillah la . Yang suara katak puru lagi sedap tu , adeii . Pokak telinga eden mondonganya eh . Suara adik junior menyanyi dalam shower room tu lagi sedap kot . Haihh dik , adik lah pergi upload video kat Youtube nanti tau ! Tapi kan , takda kelainan dah oh . Ha , lainlah Najwa Latiff tu . Tak kenal ? Pergilah cari kat Youtube . Sedap woo lagu original dia , Carta Hati . Menyentap jiwa tu wa bilang sama lu ! Lepas ni , aku nak jadi Gadis dan piano lah pulak . Tak pun Gadis dan biola ke , Gadis dan caklempong ke .
3) Gadis dan selendang.
Ramai pulak kan perempuan pakai selendang ni , alaa , shawl la nama glamournya . Wuih , macam macam fesyen . Yang lubang lubang la , yang kedut kedut la , yang ada biji biji la . Macam macam bona bebudak sekarang ni ! Style nya pun macam macam . Style Yuna la , style Siti la , style Hana Tajima la . Kalau dulu , tudung bawal tu saja la yang dipakai . Suka hati kau orang la . Janji kau orang tak pakai tudung saji , eh ? Huduh woi !
![]() |
| Ni lah Hana Tajima . Comel kan ? Kan kan kan ? >.< |
Dah dah . Penat dah aku membebel . :D Bye !
