bushuk masham omeii shaye

Alpanya manusia :(

Assalamualaikum ,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .


Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga kelak . Amin ya rabbal 'alamin .

Manusia jenis apakah ini ? Tu memang bukan soalan tepat . Soalan yang tepat is layak ke orang yang buat ni dipanggil manusia ? Bagi aku , nak panggil dia binatang pun tak layak la weh . Binatang pun sayang anak . Memang lah ada peribahasa bagai haruan makan anak . Tapi at least dia makan je anak dia . Dia tak campak anak dia sampai pecah kepala okay ? 

Ni berita depan paper kosmo hari ni . Time lepas baca tu , satu badan aku menggigil . Menggigil yang memang TOTALLY menggigil . Sampai tak boleh buat apa dah . Aku menggigil sebab takut . Takut sangat . Aku bukan takut sebab aku yang buatlah ! Haishh , puaka betul mulut . Aku takut sebab terbayang azab Allah untuk dia nanti . Ya Allah , seksanya . Ya Allah , ampunkan dosa-dosaku , dosa ahli keluargaku , dosa guru-guruku dan dosa seluruh umat Islam tidak kira yang masih hidup mahupun yang telah menyahut panggilanMu , Ya Allah . Kita just boleh doa orang ni taubat dan kembali ke jalan Allah . Amin . 

Tapi sedarkah kita yang ada dosa yang lebih besar dari dosa membunuh ? Dosa yang sesiapa pun boleh buat . Tak payah jadi samseng ke mafia ke pun boleh buat dosa ni . Dosa ni orang selalu pandang remeh . Pandang sebelah mata , tak pun pandang tiada mata pun boleh . 

"Dan ingatlah , angkara fitnah itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan ." Al-Baqarah 2:217

"Dan ingatlah , bahawa fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ ." Al-Baqarah 2:191

Ha , dosa memfitnah lagi besar dari membunuh . Maknanya , kalau kita memfitnah , dosa kita ni lebih banyak dari orang yang buat baby tu macam tu . Nak ke ? Nauzubillah . Minta jauh . Bila fikir balik , bila muhasabah diri ni balik , aku takut sangat bila terbayang azab Allah untuk pembunuh baby ni , tapi dosa aku ? Aku yakin ke pahala aku terlalu banyak melebihi pembunuh tu ? Urusan dosa pahala neraka syurga ni semua urusan Allah . Kita tak tahu . 

Jadi , kita perlu banyak muhasabah diri . "Eh , hari ni aku ada mengumpat orang tak ? Ada fitnah orang tak ? Solat tadi awal ke tak eh ?" Then , bertaubatlah kerana Allah itu Maha Pengampun . 

Kesian baby tu . Patutnya sedang besar besar tu , parents dia tengah gembira belai jaga dia . Aku dulu , time besar macam ni mesti tengah mengada-ada kat ibu dengan babah tu . Ya Allah , terima kasih kerana telah meletakkan aku di dalam sebuah keluarga yang sempurna dengan kasih sayang . Aku bersyukur Ya Allah T_T *nangis*