bushuk masham omeii shaye

Majlis Perwakilan Pelajar 2011/2012

Assalamualaikum :]

Ceh tak guna aku ni . Title nak yang gah gah sahaja . Tapi lakan , satu benda , gah ke MPP tu ? Gah ke weyy ? Gah ?! Gah kepalahotakkau doh ! Ha . kan dah emo ni . -.- Banyak lah kau punya gah . Gah dengan dosa ? 

Tanggungjawab . Kau tanggung . Kau jawab . Susah kau tahu ? "Kalau jadi ketua , satu kaki dah dalam neraka" . Tu kalau ketua , kalau penolong ? Separuh kaki jelakan ? Padan muka kau Syafiq ! Ketua sangat lakan ? :P Eh tak tak . Bukan gaduh ni , ni gurauan sesama partner je . :] Sambung sambung . Aku ni kalau melalut memang sampai esok pun tak habis . Jangan kata esok , bulan depan pun tak sure habis ke tak . Ha tengok tengok ! Haishhh -.- 

Orang kata tugas dalam Biro Teknologi Maklumat ni senang ? Senang la kot . Aku pun tak tahu . Tak buat lagi . Orang cakap , "Best la kau , dapat ICT . Takde kerja doh . Aku ? Bla bla bla yada yada deh deh . Sibuk wohh !" Aku memang takde kerja . Kalau ada pun senang kan . Tapi nak buat macdam mana memang dah rezeki aku . -.- Okey , kalau kau nak kata aku tak layak ke hape ke , suka hati kau la . Aku tahu aku tak layak . Aku tahu ramai lagi yang layak . Eh bukan nak berlagak , aku cakap benda betul . Bukan nak menyindir ke perli ke , aku kata benda BENAR . :) AKU TAHU AKU TAK LAYAK . Itu satu kebenaran . :) Disebabkan aku sedar satu kenyataan itulah aku nak belajar supaya aku jadi layak . Everything begins from zero kan ? Perdana Menteri itu lahir dah terus pandai berpolitik kah ? Einstein itu lahir dan terus menjadi genius kah ? Newton lahir lahir terus mencipta Newton's Law kah ? Anda jawab sendiri . 

Aku tak mengharap kata pujian lambungan ataupun bodekan . Hanya perlukan sokongan , bimbingan dan tunjuk ajar . Itu sahaja . Anda kan berpengalaman , anda kan bijak , anda kan pandai buat kerja . Sila beri tunjuk ajar . Lagi sekali , saya tak menyindir , saya memuji . Inilah manusia , dipuji pandai , dikatanya menyindir . Dicaci dimaki , marah . Haihh , manusia itu PELIK ! Haihh , aku cakap macam aku bukan manusia -.-

Terima kasih la rakan sahabat yang membantu , menyokong , memberi support yang kukuh . Sayang anda . Sayang sangat sangat :) Kepada yang mengutuk , mengata mencaci pun terima kasih juga :) Kerana cacian makian kutukan anda saya akan improve diri :) Benda ni bukan ada kaitan dengan MPP yang 'gah' itu sahaja . Benda ni libatkan semua benda . SEMUA benda .

Allah pilih kita jadi pemimpin ada sebab . Bukannya saja saja . Semua dari kita pemimpin . Pemimpin untuk diri sendiri . Pemimpin untuk adik-beradik . Jalankan TANGGUNGJAWAB tu sebaiknya eh ? Peringatan untuk diri sendiri dan anda semua :))

Ya , aku Naib Pengerusi Biro Teknologi Maklumat , Majlis Kepimpinan Pelajar , Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur . Ya , nama biro aku hodoh . Ya , biro aku kecik . Ya , biro aku tak penting sangat . Ya , aku tak layak pun jadi naib pengerusi tu . Ya , aku takde kerja . Ya , korang boleh pandang remeh . Serious tak kisah ! Serious weh . Tak tipu ni . Tapi nak buat macam mana . Kebenarannya , aku lah yang kena pikul tanggungjawab tu . Kaki akulah yang kena masuk neraka tu . Doakan jelah yang terbaik eh ?

Post ni bukan sebab aku terasa dengan sesiapa tau . Ha , jangan nak buat cerita . -.- Just cakap kebenaran je :D


Okaylabyebyeassalamualaikum